Resipi disumbangkan oleh Hospital Khoo Teck Puat.
Hidangan: 4
Masa: 45 minit
Bahan-Bahan
- Air, 450ml
- Serbuk agar-agar, 5g
- Daun pandan, 1 helai
- Gula, 50g
- Susu soya tanpa gula, 200ml
- Susu cair rendah lemak, 80ml
- Longan, 10
Cara-Cara
- Masak air sehingga mendidih.
- Tambahkan serbuk agar-agar, daun pandan dan gula. Kacau sehingga sebati.
- Tambahkan susu kacang soya dan susu cair rendah lemak. Kacau sekali lagi.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan sejuk.
- Masukkan acuan ke dalam peti sejuk selama 15-30 minit.
- Hidangkan dengan buah longan.
Maklumat Pemakanan (setiap hidangan)
Tenaga: 133kcal
Protein: 3.5g
Lemak (Lemak Tepu): 1.6g (0.4g)
Kolesterol: 2.2mg
Karbohidrat: 26.7g
Natrium: 78mg
Serat: 0.8g
Tonton demonstratsi memasak penuh di sini: