Kari Tomato Dan Kacang Kuda | Singapore Heart Foundation

Receive Updates on Events and Heart-Health Info here!

Kari Tomato Dan Kacang Kuda

Chickpea and Tomato Curry

Resipi disumbangkan oleh Hospital Khoo Teck Puat.

Hidangan: 4
Masa: 20 minit

Bahan-Bahan

  • Kacang kuda, Air dibuang, 2 tin
  • Tomato, dipotong dadu, 2 biji
  • Tomato puree, 2 sdm
  • Bawang besar, didadu, 1 biji
  • Halia, dicincang, 1 sdm
  • Serbuk kari, 1½ sdm
  • Minyak, 2 sdm
  • Garam, secukup rasa

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan halia, bawang besar dan serbuk kari. Gaul rata dan kacau sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan kacang kuda, tomato, tomato puree dan ½ cawan air.
  4. Kecilkan api dan biarkan mendidih selama 10 minit sehingga kari menjadi pekat.
  5. Hidangkan hangat dengan nasi atau roti.

Maklumat Pemakanan (setiap hidangan)

Tenaga: 268kcal
Protein: 10g
Lemak (Lemak Tepu): 12.5g (2.4g)
Kolesterol: 0mg
Karbohidrat: 22.1g
Natrium: 644mg
Serat: 11g

Tonton demonstratsi memasak penuh di sini:

Share On
Top